- Details
- Written by Redzuan Rahmatullah
- Category: Buletin 2025
- Published: 12 February 2025
- Hits: 282

PEMAKLUMAN KURSUS PROGRAM TRANSFORMASI MINDA
Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengadakan Kursus Program Transformasi Minda seperti butiran berikut:
???? Lokasi: Maktab Penjara Malaysia
???? Tarikh: 12 – 19 Februari 2025
Jumlah Peserta : 120 orang
Kursus ini diwajibkan bagi peserta yang terlibat dan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman serta pemikiran strategik dalam melaksanakan tugas di JPN.
Maktab Penjara Malaysia (MPM) mempunyai prasarana yang membolehkan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan menjalankan kursus, seminar, atau program latihan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk:
✅ Dewan kuliah, makmal komputer dan bilik seminar – Dilengkapi dengan kemudahan audiovisual.
✅ Asrama dan penginapan – Untuk peserta kursus yang memerlukan penginapan.
✅ Dewan makan – Menyediakan perkhidmatan makanan untuk peserta.
✅ Kemudahan sukan dan riadah – Seperti padang, gelanggang sukan dan obstacle
✅ Surau – Untuk keperluan ibadah
✅ Keselamatan terjamin – Dalam kawasan berpagar dengan kawalan keselamatan.
Jabatan atau agensi yang berminat untuk mengadakan kursus di Maktab Penjara Malaysia boleh menghubungi pihak pengurusan MPM untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan keperluan logistik.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi urusetia Maktab Penjara Malaysia.
Sekian, harap maklum.
- Details
- Written by Redzuan Rahmatullah
- Category: Buletin 2025
- Published: 10 February 2025
- Hits: 255
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL MENENGAH PENGURUSAN PENJARA (KSMPP) SIRI 2/2024 DAN PERHIMPUNAN BULANAN MAKTAB PENJARA MALAYSIA
Tarikh: 10 Februari 2025
Tempat: Padang Kawad, Maktab Penjara Malaysia
Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia (MPM) menjadi saksi kepada dua acara penting pada 10 Februari 2025, iaitu Majlis Penutupan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (KSMPP) Siri 2/2024 serta Perhimpunan Bulanan MPM.
Majlis dihadiri oleh pegawai kanan, barisan jurulatih, kakitangan MPM serta pelatih KSMPP. Majlis ini menandakan berakhirnya kursus yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai penjara dalam aspek pengurusan serta pentadbiran penjara. Seramai 53 orang pelatih telah berjaya menamatkan kursus ini, terdiri daripada 23 orang berpangkat Timbalan Penguasa Penjara (TPP) dan 28 orang berpangkat Penolong Penguasa Penjara (PPP).
Majlis disempurnakan oleh TKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Maktab Penjara Malaysia yang merasmikan majlis seterusnya bersama-sama PKP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia bagi majlis pemakaikan pangkat kepada pelatih Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara menandakan tamatnya latihan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus. Dalam perhimpunan ini, Pengarah turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan disiplin, integriti, dan kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai anggota perkhidmatan penjara.
Aturcara majlis ini turut diserikan dengan persembahan kawad dinamik oleh pelatih KSMPP melibatkan pergerakan di dalam modul kawad yang dipelajari oleh para pelatih sepanjang menjalani Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 2/2024.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
- Details
- Written by Redzuan Rahmatullah
- Category: Buletin 2025
- Published: 06 February 2025
- Hits: 252
MAJLIS PENYAMPAIAN AMANAT DAN SURAT PENEMPATAN BAGI PENGUASA PENJARA GRED KA41 DAN PENOLONG PENGUASA PENJARA KA29 JABATAN PENJARA MALAYSIA (KSMPP SIRI2/24)
4 Januari 2025 (Selasa), Dewan Seminar, Maktab Penjara Malaysia.
Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan majlis penyampaian amanat dan surat penempatan kepada pelatih KSMPP Siri2/24.
Majlis ini disempurnakan oleh TKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Maktab Penjara Malaysia. Turut hadir, wakil Bahagian Sumber Manusia, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Puan Kintan Nazura binti Mohamed Yusuff, timbalan pengarah BSM dan Muhammad Zaidi bin Misni, penolong pengarah BSM
- Details
- Written by Redzuan Rahmatullah
- Category: Buletin 2025
- Published: 05 February 2025
- Hits: 264

