18 Ogos 2014 – Perbarisan Tamat Latihan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 1/2014  telah diadakan di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia dengan meriahnya.Seramai 68 orang Pegawai berpangkat Penolong Penguasa Penjara gred KX27 telah berjaya menamatkan latihan selama empat hingga tujuh bulan yang lalu.

YBhg Dato’ Timbalan Komisioner Jeneral Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional) telah mengambil Tabik Hormat serta menyampaikan hadiah kepada Pelatih Terbaik Kepimpinan, Pelatih Terbaik Akademik, Pelatih Terbaik Kemahiran dan Pelatih Terbaik Keseluruhan dalam istiadat perbarisan tersebut.

Inspektor Md Zainal B. Mat Ariffin dari Penjara Tapah telah dinobatkan sebagai Pelatih Terbaik Kepimpinan  menerima Piala Pusingan Pengarah Maktab Penjara Malaysia. Sementara itu, oleh Inspektor Mohd Haris Bin Mohd Yunus dari Penjara Sungai Udang, Melaka telah dipilih sebagai Pelatih Terbaik Akademik dan menerima Piala Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Seterusnya bagi Pelatih Terbaik Kemahiran telah disandang oleh Inspektor Aizuddin Bin Ismail dari Penjara Sg Udang, Melaka dan menerima Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional). Manakala bagi Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh Inspektor Syed Mohd  Aljuffri  Bin Syed Sayuthi dari Penjara Kluang, Johor dan menerima Piala Pusingan Ketua Pengarah Penjara.

Majlis pada hari itu telah diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga dari Pancaragam Jabatan Penjara Malaysia di bawah pimpinan Drum Mejar Shahrizan bin Izwanshah. Peserta kursus juga tidak melepaskan peluang memberikan persembahan yang menarik kepada semua tetamu yang hadir dengan mempersembahkan Persembahan Simulasi (LSF“Light Strike Force”) dan Persembahan Seni tangkas Penjara (SENTAP).

 

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com