23 Jun 2022 bertempat di Maktab Penjara Malaysia telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perbarisan Tamat Latihan Timbalan Penguasa dan Inspektor Penjara Siri 1 Tahun 2020 dan Siri 1 Tahun 2022 .Seramai 245 peserta kursus telah mengambil bahagian dalam perbarisan itu. Majlis telah sempurnakan oleh YB' Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Kementerian Dalam Negeri. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan Kursus ini, harapan kami agar ilmu yang diterima sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya di dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kecemerlangan apabila menjalankan tugas dan kejayaan semua peserta bukan hanya dikongsi oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai malah pihak Jabatan Penjara Malaysia dan Kementerian juga.

Sempena majlis tersebut, seramai 10 peserta telah menerima Anugerah kecemelangan sepanjang menjalani latihan di MPM dan Pulapen. Kategori seperti berikut:

Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Tahun 2020

1. Pelatih Terbaik keseluruhan : TPP YUSLI BIN YUSOF 
(PIALA KOMISIONER JENERAL PENJARA)
2. Pelatih Terbaik Kepimpinan : TPP ROSLAN BIN JUSOH
(PIALA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA)
3. Pelatih Terbaik Akademik : TPP MUHAMAD FAIZOL BIN JAAFAR
(PIALA PENGARAH PEMBANGUNAN PROFESIONALISME)
4. Pelatih Terbaik Kemahiran : TPP ARIZAN BIN AHMAD
(PIALA PENGARAH MAKTAB PENJARA MALAYSIA)
5. Pelatih Anugerah Khas Jurulatih : IP MOHD AZIEM BIN ROSLI

Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Tahun 2022

1. Pelatih Terbaik keseluruhan : IP SALIMAH BINTI LEMAN
(PIALA KOMISIONER JENERAL PENJARA)
2. Pelatih Terbaik Kepimpinan : TPP MOHD ASMANIZAMRIN BIN MOHD AMAN
(PIALA TIMBALAN KOMISIONER JENERAL PENJARA)
3. Pelatih Terbaik Akademik : IP NORDIANASYAKILA BINTI NORDIN
(PIALA PENGARAH PEMBANGUNAN PROFESIONALISME)
4. Pelatih Terbaik Kemahiran : IP AMIRUL BIN MOHD YUSOF
(PIALA PENGARAH MAKTAB PENJARA MALAYSIA)
5. Pelatih Anugerah Khas Jurulatih : IP HASMILA BINTI KAMBA

 

 

 

 

 

 



Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com