Articles
- Details
- Written by Redzuan Rahmatullah
- Category: Buletin 2025
- Published: 10 February 2025
- Hits: 256
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL MENENGAH PENGURUSAN PENJARA (KSMPP) SIRI 2/2024 DAN PERHIMPUNAN BULANAN MAKTAB PENJARA MALAYSIA
Tarikh: 10 Februari 2025
Tempat: Padang Kawad, Maktab Penjara Malaysia
Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia (MPM) menjadi saksi kepada dua acara penting pada 10 Februari 2025, iaitu Majlis Penutupan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (KSMPP) Siri 2/2024 serta Perhimpunan Bulanan MPM.
Majlis dihadiri oleh pegawai kanan, barisan jurulatih, kakitangan MPM serta pelatih KSMPP. Majlis ini menandakan berakhirnya kursus yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai penjara dalam aspek pengurusan serta pentadbiran penjara. Seramai 53 orang pelatih telah berjaya menamatkan kursus ini, terdiri daripada 23 orang berpangkat Timbalan Penguasa Penjara (TPP) dan 28 orang berpangkat Penolong Penguasa Penjara (PPP).
Majlis disempurnakan oleh TKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Maktab Penjara Malaysia yang merasmikan majlis seterusnya bersama-sama PKP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia bagi majlis pemakaikan pangkat kepada pelatih Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara menandakan tamatnya latihan kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus. Dalam perhimpunan ini, Pengarah turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan disiplin, integriti, dan kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai anggota perkhidmatan penjara.
Aturcara majlis ini turut diserikan dengan persembahan kawad dinamik oleh pelatih KSMPP melibatkan pergerakan di dalam modul kawad yang dipelajari oleh para pelatih sepanjang menjalani Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 2/2024.
Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

