Media Sosial MPM

Program Akan Datang

Kursus Tatacara Pengurusan Aset Kerajaan Dan Penyediaan Laporan JKPAK Jabatan
15-17 April 2025
MAKTAB PENJARA MALAYSIA

Kursus E-KWHPP
22-24 April 2025
MAKMAL KOMPUTER,MPM

Bengkel Semakan Semula Corruption Risk Management (CRM) Jabatan Penjara Malaysia tahun 2025
22-24 April 2025
DEWAN SEMINAR, MPM

Bengkel Pengurusan Perancangan Perolehan Tahunan Jabatan Penjara Malaysia
28-30 April 2025
DEWAN SEMINAR, MPM

Majlis Berbuka Puasa Kakitangan & Keluarga MPM
21 Mac 2025
DEWAN SRI KANTAN , MPM

Pautan Dalaman

             

        Pride TV

Waktu Perpustakaan

Isnin - Khamis
8.30am - 4.30pm
Jumaat

 8.30am - 12.15am
2.45pm - 4.30pm 

Rehat
1.00pm - 2.30pm
Sabtu, Ahad & Hari Kelepasan Am/Khas - TUTUP
Pegawai Bertanggungjawab:
Puan Fazlina binti Fauzi
03-87394800
 

 

 

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS SIJIL MENENGAH PENGURUSAN PENJARA (KSMPP) SIRI 2/2024 DAN PERHIMPUNAN BULANAN MAKTAB PENJARA MALAYSIA

 

Tarikh: 10 Februari 2025

Tempat: Padang Kawad, Maktab Penjara Malaysia

 

Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia (MPM) menjadi saksi kepada dua acara penting pada 10 Februari 2025, iaitu Majlis Penutupan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (KSMPP) Siri 2/2024 serta Perhimpunan Bulanan MPM.

 

Majlis dihadiri oleh pegawai kanan, barisan jurulatih, kakitangan MPM serta pelatih KSMPP. Majlis ini menandakan berakhirnya kursus yang bertujuan meningkatkan kecekapan dan profesionalisme pegawai penjara dalam aspek pengurusan serta pentadbiran penjara. Seramai 53 orang pelatih telah berjaya menamatkan kursus ini, terdiri daripada 23 orang berpangkat Timbalan Penguasa Penjara (TPP) dan 28 orang berpangkat Penolong Penguasa Penjara (PPP).

 

Majlis disempurnakan oleh TKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, Pengarah Maktab Penjara Malaysia yang merasmikan majlis seterusnya bersama-sama PKP Shahrul Nizam bin Husain, Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia bagi majlis pemakaikan pangkat kepada pelatih Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara menandakan tamatnya latihan  kepada peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kursus. Dalam perhimpunan ini, Pengarah turut menyampaikan ucapan yang menekankan kepentingan disiplin, integriti, dan kerjasama dalam menjalankan tugas sebagai anggota perkhidmatan penjara.

 

Aturcara majlis ini turut diserikan dengan persembahan kawad dinamik oleh pelatih KSMPP melibatkan pergerakan di dalam modul kawad yang dipelajari oleh para pelatih sepanjang menjalani Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Siri 2/2024.

 

Majlis berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 



Pelawat

Today 0

Yesterday 1

All 94176

Currently are 8 guests and no members online

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com