- Details
- Written by Super User
- Category: Profil MPM
- Published: 26 January 2009
- Hits: 6805
VISI
Maktab Penjara Malaysia berkeyakinan bahawa latihan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visinya iaitu:
KE ARAH MELAHIRKAN PEGAWAI KANAN PENJARA YANG BERILMU, BERKEMAHIRAN, BERHEMAH TINGGI, BERDISIPLIN SERTA BERDAYA MAJU KE ARAH KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN
Tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran mempunyai kesan yang positif terhadap kualiti serta produktiviti perkhidmatan yang diberikan. Manakala sikap positif akan menjana kumpulan kerja yang komited, inovatif, berfikiran terbuka dan sentiasa berusaha memperkembangkan kerjaya mereka.
OBJEKTIF
Objektif Umum
Membangunkan potensi sumber manusia dalam Jabatan Penjara Malaysia menuju ke arah kecemerlangan perkhidmatan melalui latihan untuk kemajuan jabatan.
Objektif Khusus
- Melengkapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia melalui latihan yang berkualiti
- Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi pegawai kanan penjara k arah profesionalisme kepenjaraan.
- Meningkatkan kuailiti kepimpinan dan pengurusan latihan dan pembangunan perkhidmatan untuk perancangan latihan yang berkuailti.

