11 Mac 2015 - Satu majlis makan telah diadakan di Hotel Marriott Putrajaya untuk meraikan 2 kakitangan Maktab iaitu TPP Hairol Hisham bin Mohd Harith yang dinaikkan pangkat dan akan berpindah ke Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, IPPM dan Puan Zainab binti Omar yang telah bersara pada 28 Februari 2015. Majlis turut dihadiri oleh pengarah MPM, TKPj Ibrisam bin Abdul Rahman dan isteri. Semoga kedua-dua kakitangan ini berjaya dalam kerjaya masing-masing. Jasamu akan tetap dikenang oleh kakitangan Maktab Penjara Malaysia

 

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com