31 Mei 2013 – Bermula 17 hingga 18 Mei 2013 Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Kursus Profesionalisme Pegawai Latihan dan Semangat Berpasukan di FELDA Residence Tekam, Jerantut, Pahang. Kursus ini adalah satu aktiviti tahunan bagi semua kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Program ini bertujuan untuk mengekalkan standard kualiti latihan Maktab Penjara Malaysia. Selari dengan perkembangan semasa dan perubahan yang berlaku, kakitangan latihan perlu didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan latihan secara berterusan.
Objektif kursus ini ialah :

1)    Menjana motivasi dan pengembangan minda serta penambahan idea-idea ke arah kecemerlangan latihan di Maktab Penjara Malaysia. 

2)    Memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja Maktab Penjara Malaysia semasa mengendalikan program latihan untuk pegawai-pegawai kanan penjara.

3)    Mengekalkan kualiti latihan sediada serta meningkatkan tahap profesionalisma latihan  warga Maktab Penjara Malaysia dari segi mental dan fizikal.

Untuk mencapai objektif tersebut, peserta akan mengikuti kursus ini selama 3 hari mengikut slot-slot latihan yang memberi penekanan kepada pembentukan kognitif, psikomotor dan afektif. Seramai 50 kakitangan dengan jayanya telah menyertai semua aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini berlangsung. Kursus ini telah diserikan lagi dengan penyertaan TKPj Ibrisam Bin Abdul Rahman Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan PKK Ku Nawawi Bin Ku Hamid Mantan Komandan Maktab Penjara Malaysia.
 
 
Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com