Pada 2 Mac 2016 satu sesi lawatan sambil belajar pelatih Kursus Asas Inspektor Penjara siri 2/2015 telah diadakan di Songkhla Central Prison, Thailand. Lawatan berjumlah 130 orang anggota ini telah diketuai oleh Pengarah Maktab Penjara Malaysia, TKP Ibrisam bin Abdul Rahman serta pegawai-pegawai kanan, jurulatih dan pelatih Kursus Asas Inspektor. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada pelatih bagaimana Jabatan Penjara Thailand menguruskan Institusi penjara dari aspek Keselamatan, Penahanan, Pengurusan dan Pemulihan. Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Songkhla Central Prison, Mr Worachai Araksarath dan kakitangan serta 2 maskot pegawai penjara Thailand. Lawatan berakhir dengan jamuan makan tengahari bersama kakitangan Songkhla Central Prison.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com