17 Oktober 2016 - Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Maktab Penjara Malaysia diantara TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman dengan TKP Osman Bin Hj Ahmad telah diadakan di Dewan Seminar Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan dengan kehadiran KP Haji Nordin Bin Haji  Muhamad, Pengarah Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas ini. 

Majlis yang penuh bersejarah ini telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku oleh TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman diikuti Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada TKP Osman Bin Hj Ahmad.   TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia.

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan Pemeriksaan Kawalan Suku dan ucapan daripada TKP Osman Bin Hj Ahmad,  selaku Pengarah Baru Maktab Penjara Malaysia. 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com