21 Oktober 2016 – Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya telah berlangsungnya satu Majlis Perpisahan Mantan Pengarah Maktab Penjara Malaysia TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman. Majlis yang meraikan perpisahan ini turut dihadiri hampir 60 warga MPM. Majlis dibuka tirainya dengan alunan suara persembahan nyanyian daripada Kakitangan MPM. Seuntai kata daripada SM Rahmat Bin Abu wakil pegawai turut menggamit nostalgia Mantan Pengarah yang diraikan sepanjang beliau berkhidmat di MPM. Turut memberi ucapan ialah yang diraikan, TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman. Timbalan Pengarah MPM PKP Murali a/l Rajoo juga turut menyampaikan ucapan dan menyumbangkan lagu kepada yang diraikan.

21 Oktober 2016 – Bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya telah berlangsungnya satu Majlis Perpisahan Mantan Pengarah Maktab Penjara Malaysia TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman. Majlis yang meraikan perpisahan ini turut dihadiri hampir 60 warga MPM.

Majlis dibuka tirainya dengan alunan suara persembahan nyanyian daripada Kakitangan MPM. Seuntai kata daripada SM Rahmat Bin Abu wakil pegawai turut menggamit nostalgia Mantan Pengarah yang diraikan sepanjang beliau berkhidmat di MPM. Turut memberi ucapan ialah yang diraikan, TKP Ibrisam Bin Abdul Rahman. Timbalan Pengarah MPM PKP Murali a/l Rajoo juga turut menyampaikan ucapan dan menyumbangkan lagu kepada yang diraikan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata daripada Kelab Sukan dan Kebajikan, Kelab Pegawai Kanan MPM dan PERSIAP MPM tanda kenang-kenangan kepada pegawai diraikan yang banyak mencurahkan bakti kepada Maktab Penjara Malaysia.

      

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com