18 Ogos 2017 – Maktab Penjara Malaysia telah diberikan mandat untuk melaksanakan Program Transformasi Minda Peringkat Jabatan Penjara Malaysia. Program ini adalah sebagai satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi sebelum ini. Program yang berlangsung selama 5 hari bermula 14 hingga 18 Ogos 2017. Seramai 69 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 12 orang pegawai berpangkat Timbalan Penguasa serta 2 orang pegawai Kaunseling Gred S41 telah menyertai program tersebut dengan jayanya.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com