20 Feb 2020 Hari Bertemu Pelanggan Untuk Semakan Buku Perkhidmatan Kerajaan. Seramai 70 kakitangan Maktab Penjara Malaysia telah hadir pada hari bertemu pelanggan dengan jayanya bertempat di bilik kuliah A Maktab Penjara Malaysia. Perlaksanaan program ini berkonsepkan hari terbuka melalui menyediakan kaunter perkhidmatan khas. Ia menyediakan kemudahan untuk kakitangan berkomunikasi dengan pegawai yang menjaga buku perkhidmatan masing-masing. Objektif program ini memberi peluang kepada semua kakitangan bagi menyemak buku perkhidmatan masing-masing seterusnya mengemas kini urusan perkhidmatan dan cuti di dalam BPK mengikut pangkat/gred jawatan.

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com