Buat julung kalinya Perpustakaan MPM menganjurkan Program Pencarian Icon Perpustakaan Dwi-Bulanan. Objektif Program ini adalah memastikan program galakan membaca yang terancang dan berterusan dilaksanakan di kalangan Pegawai MPM, khususnya bagi memupuk minat membaca serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaca dan cintakan ilmu di dalam Jabatan. Di samping itu, secara tidak langsung program ini akan menggalakkan pegawai-pegawai menggunakan Perpustakaan secara lebih kreatif dan efisien.  

 

Pencarian Ikon Dwi-Bulanan yang bermula pada Januari hingga Februari 2020 ini, juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pengguna setia Perpustakaan MPM.

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com