2 Mac 2020 - Seramai 111 pelatih KSMPP telah menyertai Kursus Asas Kemahiran Pertahanan  Awam bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi, Selangor selama empat hari bermula 27 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020. Peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran melalui beberapa slot yang telah dirangka oleh pihak APM. Antaranya adalah Pengenalan Keselamatan di Air, Water Confident, Menyelamat Tanpa Renangan, Pengenalan Luka dan Pendarahan, Choking& Kepatahan, CPR, Peta & Kompas, Ikatan&Simpulan, Ikatan Usungan, Menyelamat Kecemasan, Asas Survival, Praktikal Peta & Kompas serta Ascending & Descending.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com