24 Mac 2020. Unit Agama Maktab Penjara Malaysia (MPM) mengajak semua kakitangan untuk sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah bagi mengangkat kedukaan umat manusia dilaka ini melalui pelaksanaan penganjuran program Khatam Al-Quraan 30 juzuk dalam masa (8) hari di rumah masing-masing sempena arahan 'lockdown'.Tarikh bacaan bermila pada hari ini 24 dan berakhir pada 31 Mac 2020. Kakitangan yang berminat telah diagihkan untuk membaca beberapa juzuk di rumah masing-masing. Almamdulillah, sambutan amat menggalakan dari semua kakitangan. Moga tempoh berada di rumah dapat sama-sama kita manafaatkan untuk berdoa agar wabak Covid-19 berakhir dengan pantas dan tidak melibatkan korban nyawa yang terlalu ramai dari mangsa jangkitan mahupun kepada petugas barisan hadapan. Aamiin.   

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com