- Details
- Published: 19 October 2020
- Hits: 659
10-11 September 2020 Program Audit Persijilan Semula MS ISO 9001:2015 oleh wakil Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) telah diadakan di Maktab Penjara Malaysia. Audit ini dijalankan adalah untuk menentukan kepatuhan Sistem Pengurusan Kualiti kepada kehendak / keperluan MS-ISO 9001:2015. Audit Persijilan SIRIM MS-ISO 9001:2015 ini telah dikendalikan oleh Pasukan Juruaudit SIRIM yang terdiri daripada Ketua JuruAudit Encik Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat dan JuruAudit Puan Elly Nadia Bt Che Afzar. Tiada sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan. Juru Audit juga berpuas hati dengan komitmen serta kefahaman pihak pengurusan dan kakitangan MPM terhadap pelaksanaan dan kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Proses-proses kerja utama dan sokongan serta kawalan terhadap Pengurusan Risiko juga dilaporkan baik serta terkawal. Secara umumnya, pelaksanaan SPK di MPM adalah selari dengan keperluan Standard ISO 9001:2015.