- Details
- Published: 20 October 2020
- Hits: 904
2 Oktober 2020 : Maktab Penjara Malaysia telah berjaya memperolehi perlanjutan persijilan semula MS ISO 9001:2015 Quality Management System (QMS) oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd bagi tempoh tiga tahun lagi bermula 22 September 2020 hingga 12 Oktober 2023. Keputusan dibuat oleh pasukan audit SIRIM setelah berpuashati terhadap pematuhan selain tiada ketidakakuran yang direkodkan. Proses audit yang dijalankan pada 10 hingga 11 September 2020 baru-baru ini membabitkan 2 auditor berpengalaman dari pihak SIRIM yang terdiri daripada Ketua JuruAudit Encik Muhammad Fadhlullah Bin Rahmat dan JuruAudit Puan Elly Nadia Bt Che Afzar. Persijilan ini menjadi tanda aras MPM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab memberikan khidmat terbaik kepada Jabatan dan Negara.