22 April 2021 – Telah berlangsung Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit 2021 bertempat di Ruang kerja masing-masing kakitangan Maktab Penjara Malaysia yang mana program ini berlangsung serentak di seluruh negara sebagai satu simbolik sempena sambutan HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA...

22 April 2021 – Telah berlangsung Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit 2021 bertempat di Ruang kerja masing-masing kakitangan Maktab Penjara Malaysia yang mana program ini berlangsung serentak di seluruh negara sebagai satu simbolik sempena sambutan HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA.
Program ini disemarakkan dengan penyertaan Y.Bhg. Dato’ Pengarah Maktab Penjara Malaysia (MPM), Timbalan Pengarah MPM, pegawai-pegawai kanan MPM dan sokongan daripada warga kerja MPM. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi hingga 11.10 pagi telah merekodkan penyertaan seramai 35 orang warga MPM dari ruang kerja masing-masing secara google meet bagi mematuhi S.O.P, memandangkan program dilaksanakan di dalam masa pandemik COVID 19.
Sempena Program JOM BACA, turut diadakan satu pertandingan Swafoto/OOTD Fotografi Paling Kreatif Bersama Bahan Bacaan masing-masing. Pemenang telah menerima Buku Bacaan Ilmiah.

 



 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com