09 Oktober 2021 Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu) bertempat di Maktab Penjara Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. KP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Objektif Hari Sukan Negara adalah...

09 Oktober 2021 Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 9 Oktober 2021 (Sabtu) bertempat di Maktab Penjara Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. KP Dato' Ibrisam bin Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Objektif Hari Sukan Negara adalah untuk memberi kesedaran dan meningkatkan amalan budaya gaya hidup cergas dan aktif serta untuk menunjukkan keprihatinan Jabatan menggalakkan aktiviti sukan dan kecergasan walaupun negara berdepan masalah Covid-19. 

Antara aktiviti yang telah dianjurkan antaranya Senamrobik, Kayuhan Basikal, Berjalan 1000 langkah, pemeriksaaan kesihatan dan cabutan bertuah. Semua aktiviti telah dilaksanakan dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sedang berkuatkuasa di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.

    

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com