22 Februari 2022 – Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Kursus Program Pemindahan Antarabangsa Banduan (ITOP) dan Pengurusan Banduan Warga Asing bagi Zon Tengah Siri 1/2022 pada 21 hingga 22 Februari 2022 bertempat di Bilik Seminar Maktab Penjara Malaysia. Kursus ini disertai oleh seramai 30 orang peserta dari Zon tengah Jabatan Penjara Malaysia. Objektif kursus ini bertujuan memberikan pendedahan Sebagai persediaan awal kepada pegawai di lapangan dari segi perundangan dan SOP bagi melaksanakan program tersebut, selain memastikan kesediaan pegawai yang terlibat dalam melaksanakan Program ITOP dan Menyampaikan maklumat terkini dan keputusan dasar berkaitan ITOP.