22 Mac 2022 Sambutan Hari Penjara Ke-232 yang berlangsung pada 22 Mac 2022 bertempat di Maktab Penjara Malaysia, Kajang dengan bertemakan ‘Memperkasakan Komuniti Koreksional’. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hamzah Bin Zainudin Menteri Dalam Negeri. Selain itu juga, YB Dato’ Jonathan bin Yasin, Timbalan Menteri Dalam Negeri II dan YBhg. Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, KSU Kementerian Dalam Negeri serta Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia iaitu YBhg Dato’ Haji Nordin bin Haji Muhamad hadir menyerikan sambutan kali ini. Majlis diisi dengan pelbagai program, antaranya adalah Pelancaran SMPP v2, Persembahan Pasukan Pancaragam SHG Telok mas dan Pemakaian Pangkat Kehormat Jabatan Penjara Malaysia.

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com