Pada 29 Mac 2022 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Auditorium, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, telah berlangsungnya Mesyuarat Agong Tahunan PERSIAP kali ke-22 Cawangan PERSIAP IPPM dan MPM yang dihadiri oleh Ahli-ahli PERSIAP serta Pegawai Kanan. Majlis ini telah Dirasmikan oleh YBhg TKJP Dato' Haji Abdul Aziz Bin Abdul Razak Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional). Mesyuarat Agung PERSIAP kali ke-22 Dipengerusikan oleh YBhg Datin Hajah Rosnani binti Mohamed, Pengerusi PERSIAP Cawangan IPPM/MPM. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk melantik Ahli Jawatankuasa yang baru bagi sesi tahun  2022/2023 dan perbentangan Program Perancangan bagi tahun 2022. Selain dari itu,cabutan bertuah juga diadakan bagi ahli PERSIAP yang hadir serta memeriahkan lagi mesyuarat tersebut.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com