23 April 2022 (Sabtu) – Seramai 130 orang pelatih Muslim KSMPP Siri 1/2022 telah mengikuti Program Amali Sembelihan bertujuan memberi pendedahan teori dan praktikal kepada mereka untuk mengetahui teknik sembelihan yang betul mengikut hukum syarak sekaligus dapat menguasai ilmu fardu kifayah itu. Taklimat teori dan praktikal telah disampaikan oleh SM (B) Hj Husin Bin Hj Ahmad bekas pegawai Maktab Penjara Malaysia dan SJN Ali Badram Bin Halim iaitu Imam Masjid Jabatan Penjara Malaysia.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com