25 April 2022 - Majlis Dialog Bulan April telah diadakan dengan jayanya pada hari ini jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Maktab Penjara Malaysia . Majlis dipengerusikan oleh Yang Dihormati TKP Osman Bin Lehan Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan dihadiri oleh seramai 40 orang kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan upacara pemakaian pingat Bakti Setia, sijil kepujian reben merah dan hijau, sijil penghargaan Jabatan,penyampaian sumbangan Kasih kepada SJN Husni atas pemergian ayahanda, penyampaian sumbangan hari lahir kakitangan, penyampaian hadiah pertandingan selfie sempena Program Jom Basa 10 Minit (Unit Pusat Sumber) dan pemberian sumbangan Hari Raya.

  

  

  

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com