20 Mei 2022 Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 bertempat di Ruang Terbuka Hadapan Dewan Sri Kantan MPM. Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah MPM, TKP Osman Bin Lehan. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pegawai Kanan, anggota dan kakitangan MPM bersama keluarga masing-masing. Majlis juga diraikan bersama pelatih-pelatih KSMPP siri 1/2022. Aturcara majlis diserikan dengan pemberian Duit Raya untuk anak-anak serta Cabutan Bertuah bagi kakitangan MPM dan Pelatih KSMPP Siri 1/2022 yang hadir. Hadiah penampilan menarik kategori Lelaki & Wanita juga turut diadakan serta pemenang bagi perhiasan khemah tercantik juga diberikan. Majlis juga dimeriahkan dengan nyanyian karaoke Lagu Raya. Semoga majlis seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami seluruh warga Maktab Penjara Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 






 

 

 

 






Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com