14 Ogos 2015 – Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Majlis Semarak Kasih Seteduh Aidil Fitri 2015 bertempat  di Perkarangan Parkir Blok Pentadbiran Maktab Penjara Malaysia melibatkan semua kakitangan termasuk peserta Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Fasa 2 Siri 1/2015.  Majlis turut diserikan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Ummi, Selangor dan mantan pesara Maktab Penjara Malaysia.  Turut diadakan pada majlis tersebut ialah pertandingan gerai-gerai tercantik, pertandingan bayi comel,  penyampaian duit raya dan sumbangan kepada KIP Mohd. Asri bin Ismail yang terlibat dengan kebakaran tempat kediaman beliau pada 28.7.2015. 

 

 

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com