Pengenalan
Maktab Penjara Malaysia adalah sebuah institusi yang terletak di Kajang, Selangor. Ia terletak lebih kurang 2 kilometer dari bandar Kajang. Keluasan keseluruhan kawasan Maktab Penjara Malaysia adalah 19.398 hektar yang juga terletak dalam kawasan Kompleks Penjara Kajang. Pada tahun 1980an Maktab Penjara Malaysia, kompleks Penjara Kajang merangkumi Penjara Kajang, Penjara Pemulihan Dadah, Penjara Wanita, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Kompleks Perumahan Kakitangan Penjara dan Maktab Penjara Malaysia. Pembinaan dan pewujudan Maktab Penjara Malaysia telah melalui 2 fasa. Fasa pertama bermula pada tahun 1973 hingga 1988 dan fasa kedua bermula pada tahun 1992 hingga 2002.

Cadangan Penubuhan Maktab Penjara Malaysia

Dalam tahun awal 80an pihak pengurusan Penjara Malaysia merasakan sudah tiba masanya bagi Jabatan Penjara Malaysia membangunkan satu institusi latihan untuk menampung keperluan latihan pegawai - pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia. Realisasi pewujudan Maktab ini adalah bertujuan untuk menjadikan satu tempat membekalkan ilmu - ilmu yang relevan mengenai kepenjaraan kepada pegawai kanan penjara bagi menghadapi cabaran - cabaran persekitaran penjara yang berkembang pesat. Cadangan bagi mewujudkan Maktab Penjara Malaysia telah diilhamkan oleh Y. Bhg. Dato' Ibrahim b. Mohamed iaitu Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang kedua. Usaha bersungguh - sungguh telah dijalankan oleh beliau bagi merealisasikan pewujudan sebuah Institusi yang akan menjadi pemangkin ilmu pengetahuan kepada pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Lokasi Awal Maktab Penjara Malaysia

            
Blok Asrama Pelatih Kursus ( Blok B)                               Padang Kawat

 Blok Kuliah Pelatih Kursus ( Blok 'A')

        Pada tahun 1987 sebuah dewan besar yang dikenali sebagai Dewan Teratai telah dibina bagi tujuan aktiviti sukan dan majlis keraian. Selepas pembinaan tersebut sebuah pejabat pentadbiran baru dan juga dewan kuliah telah dibina di lokasi yang ditetapkan bagi menggantikan pejabat pentadbiran dan dewan kuliah lama yang terletak di blok A dan B kompleks Penjara kajang. Kedua - dua blok ini telah disiapkan pada tahun 1987. Kemudahan pejabat pentadbiran dan kuliah seperti gambarajah dibawah:

          
               Pejabat Pentadbiran                             Dewan Besar ( Dewan Teratai )  

 

                       Dewan Kuliah

 

Pembinaan Fasa Kedua

        Fasa 2 pembinaan bermula pada tahun 1993 dengan beberapa perubahan kepada lokasi dan insfrastruktur Maktab Penjara Malaysia. Aktiviti pengurusan dan latihan Maktab Penjara Malaysia telah berpindah ke lokasi baru dimana beberapa kemudahan latihan turut diwujudkan seperti bangunan asrama, dewan makan, lapang sasar dan padang kawat. Kos pembinaan sebanyak RM4,819,816.00. Kontraktor pembinaan adalah syarikat Ahmad Zaki. Sdn. Bhd. Projek ini bermula pada 30 Julai 1992 dan siap pada 30 Jun 1993. Pada 1 November 1993 bangunan asrama Maktab Penjara Malaysia telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Megat Junid Megat Ayub yang pada masa itu adalah Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Selepas pembinaan kemudahan ini asrama Maktab Penjara Malaysia yang lama diambil semula oleh Penjara Kajang pada1 April 1994.

Kerja - Kerja Dalam Proses Pembinaan Fasa 2

             
                  Asrama Pelatih                                          Padang Kawat

          
                     Dewan Makan                                 Lapang sasar ( pecah tanah )
 
          
                    Lapang Sasar                                                Pagar
 

Balai Pengawal

 

        Pada tahun 2000 kerja - kerja membina bangunan pentadbiran baru dan sebuah padang bola telah dicadangkan bagi menggantikan pejabat pentadbiran lama. Cadangan tersebut adalah membina banguna baru tiga tingkat. Pembinaan blok pentadbiran baru dan sebuah padang bola memakan belanja sebanyak RM4,942,872.50. Pembinaan ini bermula pada 9 Ogos 2000 dan siap pada 23 September 2002. Kontraktor yang terbabit dengan pembinaan ini adalah AMR JELI Sdn. Bhd. Negeri Sembilan. Disamping berfungsi sebagai pejabat pentadbiran, pejabat ini juga mempunyai kemudahan komputer, bilik kuliah, bilik seminar dan bilik audio visual. Dengan terbinanya bangunan ini, Maktab Penjara Malaysia telah berkembang pesat dalam menyediakan kemudahan latihan kepada institusi latihan yang lebih moden.

 
             
             Blok Pentadbiran Baru                                    Padang Bolasepak
 

Keadaan selepas kerja - kerja pembinaan selesai.

 
          
                  Pejabat Baru MPM                                        
 
 

 
Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com