VISI

Maktab Penjara Malaysia berkeyakinan bahawa latihan memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visinya iaitu:

Melahirkan pegawai penjara yang berimu, berkemahiran dan mempunyai sikap yang positif terhadap tugas dan organisasi.

Tenaga kerja yang berilmu dan berkemahiran mempunyai kesan yang positif terhadap kualiti serta produktiviti perkhidmatan yang diberikan. Manakala sikap positif akan menjana kumpulan kerja yang komited, inovatif , berfikiran terbuka dan sentiassa berusaha memperkembangkan kerjaya mereka.  

 

OBJEKTIF

Objektif Umum

Membangunkan potensi sumber manusia dala Jabatan Penjara Malaysia menuju ke arah kecemerlangan perkhidmatan melalui latihan untuk kemajuan jabatan.

Objektif Khusus

Melengkapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia melalui latihan yang berkualiti

Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi pegawai kanan penjara k arah profesionalisme kepenjaraan.

Meningkatkan kuailiti kepimpinan dan pengurusan latihan dan pembangunan perkhidmatan untuk perancangan latihan yang berkuailti. 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com