- Details
- Category: Buletin 2017
- Published: 09 October 2017
- Hits: 1268
14 September 2017 jam 8.30 pagi, Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan Ceramah dan Latihan Kesedaran Bahaya Kebakaran Bagi Pelatih KSMPP bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Ceramah dan Latihan tersebut melibatkan seramai 71 orang pelatih. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai tindakan awal sekiranya berlaku kebakaran, mendedahkan tentang teknik yang betul bagi memadam kebakaran. Ceramah disampaikan oleh En Ahmad Syauqi Bin Haji Abdullah, Penolong Kanan Penguasa Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor. Aktiviti berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.