14 September 2017 Seramai 40 orang Pelatih KSMPP dan tiga Pegawai MPM telah dijemput untuk menghadiri Forum Perdana DiRaja yang diadakan di Dewan Banquet Istana Negara. Forum Perdana yang bermula jam 9.30 malam ini anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Istana Negara dan JAKIM, ia diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Tiga Orang Panel yang dijemput untuk perkongsian ilmu terdiri daripada SS Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, YBhg Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias Al-Hafiz dan YBhg Dato’ Ustaz Badlishah Alauddin.

 

 

 

 

 

 

 

 






Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com