26 Oktober 2017 - Audit Persijilan Semula EKSA peringkat Maktab Penjara Malaysia telah dijalankan oleh dua orang Juruaudit daripada pihak MAMPU iaitu Encik Sharul Nizal Sharippudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, MAMPU (Ketua Pasukan) Dan Encik Zulkifly Abdul Malek, Penolong Pengarah Kanan, MAMPU pada 26 Oktober 2017. Seluruh warga MPM teruja dengan kesudian MAMPU menjalankan audit pensijilan semula tersebut dan setiap zon telah menjalankan persediaan yang rapi.

Komitmen Pengarah Maktab Penjara Malaysia serta kerjasama dan sokongan daripada semua warga MPM  merupakan di antara kunci terbaik selain mendapat sokongan daripada pihak pengurusan  jabatan bagi menjayakan pelaksanaan EKSA di peringkat Maktab Penjara Malaysia. Pensijilan EKSA ini dijangka berjaya mendapat cemerlang sekiranya beberapa penambahbaikan yang dicadangkan akan diambil tindakan sepenuhnya. Pensijilan ini kelak merupakan  yang kedua berjaya dipersijilkan selepas telah berjaya dipersijilkan EKSA kategori Cemerlang pada 1 Julai 2015  yang lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 






%MCEPASTEBIN%

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com