- Details
- Category: Buletin 2017
- Published: 07 November 2017
- Hits: 1096
7 November 2017 telah berlangsung di Padang Kawad Maktab Penjara Malaysia, Majlis Perbarisan Tamat Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara Fasa 1 Siri 1 Tahun 2017.Kekuatan perbarisan adalah seramai 12 orang pelatih berpangkat Timbalan Penguasa Penjara dan 58 pelatih berpangkat Penolong Penguasa. Perbarisan pagi ini diketuai oleh Timbalan Penguasa Mohamad Zulfikre Bin Ismail. Perbarisan pada pagi ini juga diiringi oleh pancaragam Jabatan Penjara Malaysia yang terdiri daripada 20 anggota di bawah pimpinan Drum Mejar Shahrizan Bin Izwan Shah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg TKP Dato’ Narander Singh, Pengarah Maktab Penjara Malaysia.
Upacara Pemakaian Pingat Perkhidmatan Am kepada peserta KSMPP dan Acara Simbolik Lafaz Ikrar dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah juga telah diadakan setelah selesai Majlis Perbarisan.Acara melafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuahmerupakan satu inisiatif yang telah dibuat oleh pihak SPRM bagi tujuan untuk memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk kita menjauhi penyalahgunaan kuasa khususnya rasuah. Ianya telah dilaksanakan di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi. Maka dengan itu, Maktab Penjara Malaysia turut mengambil langkah yang sama berikrar dan komited untuk bersama-sama memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam keseluruhan operasi dan pengurusan Maktab Penjara Malaysia.