- Details
- Category: Buletin 2017
- Published: 13 November 2017
- Hits: 971
Kursus Profesionalisme Bagi Pegawai dan Kakitangan Latihan merupakan satu aktiviti tahunan bagi semua kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Selari dengan perkembangan semasa dan perubahan yang berlaku, kakitangan latihan selain dari mengadakan latihan juga perlu diberi dan mendapatkan input atau out sourcing bagi tujuan penambahbaikan. Kursus ini telah diadakan selama tiga hari bertempat di Royal Belum Grik Park bermula 8 hingga 10 November 2017. Kursus kali ini juga diserikan dengan penglibatan bersama pucuk-pucuk pimpinan semua Institusi Penjara Negeri Selangor.
Kursus ini diadakan bagi tujuan untuk menjana motivasi dan pengembangan minda serta penambahan idea-idea ke arah kecemerlangan latihan di Maktab Penjara Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan warga kerja Maktab Penjara Malaysia semasa mengendalikan program latihan untuk pegawai -pegawai kanan penjara. Penglibatan dan komitmen dari semua lapisan kakitangan akan merealisasikan hasrat jabatan dalam meningkatkan profesionalisme pengendalian latihan di Maktab Penjara Malaysia untuk semua pegawai kanan dari pelbagai peringkat.