6 Jun 2017 – Seramai 40 orang kakitangan Maktab Polis DiRaja Malaysia Kuala Lumpur telah mengadakan Lawatan Penanda Aras EKSA ke Maktab Penjara Malaysia. Ahli rombongan telah diberikan taklimat berkaitan EKSA yang telah dilaksanakan di MPM oleh PP Zohri Bin Harun. Selesai seisi taklimat ahli rombongan di bawa melawat sekitar kawasan MPM. Tujuan lawatan ini adalah untuk menanda aras amalan EKSA yang dilaksanakan oleh Maktab Penjara Malaysia sebagai program latihan dalam usaha membangunkan EKSA peringkat MPDRM Kuala Lumpur. Rombongan ini diketuai oleh Supt. Azlaini binti Jusoh. Semoga perkongsian ilmu ini dapat meningkatkan pengurusan dan strategi  pelaksanaan EKSA yang berkualiti di Maktab Polis DI Raja Malaysia Kuala Lumpur.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com