9 Jun 2017- Maktab Penjara Malaysia telah mengadakan satu program Gotong Royong sebagai persediaan awal bagi pensijilan semula EKSA bagi tahun 2017. Program ini melibatkan seramai 37 orang anggota. Program ini telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia, PKP Murali a/l Rajoo pada jam 8.30 pagi sehingga 11.00 pagi. Aktiviti gotong royong kali ini memberi lebih tumpuan kepada kekemasan ruang parkir berdekatan Dewan Teratai Maktab Penjara Malaysia.

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com