20 Jun 2017 - Majlis Dialog Bulan Jun telah diadakan dengan jayanya pada hari ini jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Seminar Maktab Penjara Malaysia . Majlis dipengerusikan oleh Penolong Komisioner Murali a/l Rajoo Timbalan Pengarah Maktab Penjara Malaysia dan dihadiri oleh seramai 55 orang kakitangan Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan lagi dengan upacara pelancaran Buku MS ISO bagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK), Prosedur Kualiti Urus dan Utama. Pelancaran Buletin MPM turut diadakan dengan meriahnya. Anugerah Pengiktirafan EKSA bagi Zon kali ini dijuarai oleh Zon Nilam dengan markah audit sebanyak 85.79%, tempat kedua dimenangi oleh Zon Delima dengan markah 85.71%, diikuti tempat ketiga Zon Baiduri dengan markah 83.88% dan tempat keempat Zon Zamrud dengan markah 82.17%. Tahniah kepada yang berjaya. 

                                 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com