10 Julai 2017 - Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Maktab Penjara Malaysia diantara PKP Murali A/L Rajoo dengan YBhg. TKP Dato’ Narander Singh telah diadakan di Bilik Seminar Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan dengan kehadiran TKP Darussalam Bin Haji Budin Pengarah Pejabat Penjara Negeri Selangor dan WPKL sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas ini.

Majlis yang penuh bersejarah ini telah dimulakan dengan Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada YBhg. TKP Dato’ Narander Singh.  Di dalam majlis ini, PKP Murali A/L Rajoo telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia.

Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan ucapan daripada YBhg. TKP Dato’ Narander Singh,  selaku Pengarah Baru Maktab Penjara Malaysia. Dalam ucapan tersebut, beberapa perkara telah diberikan penekanan dan dianggap sebagai key success factors seperti menambah nilai dalam pengurusan MPM, mempertingkatkan keupayaan setiap modal insan,membuat kerjasama dan kolabrasi di antara pusat-pusat latihan, agensi-agensi luar serta IPTA  sejajar dengan hasrat Nation Blue Ocean Strategy (NBOS) Negara.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com