- Details
- Category: Buletin 2017
- Published: 15 August 2017
- Hits: 884
24 Julai 2017 – Majlis Semarak Aidilfitri, Jalinan Kemesraan Maktab Penjara Malaysia tahun ini disambut meriah oleh para warga kampus dan tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Majlis Sambutan yang berlangsung di Dewan Kiantan bermula jam 3.00 Petang hingga 5.00 petang berlangsung meriah dan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adanan Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan&Koreksional) . Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah Penjara Negeri , Pengarah-pengarah Institusi Penjara Selangor serta ahli keluarga tercinta. Pada majlis ini, MPM turut mengadakan pertandingan karaoke dan Cabutan Bertuah. Klik untuk galeri gambar.