- Details
- Category: Buletin 2017
- Published: 02 August 2017
- Hits: 971
12 Julai 2017 – Maktab Penjara Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Kursus Training of Trainer Modul Jeri 561 dan PIFA KAGAT pada 12 hingga 14 Julai 2017 bertempat di Bilik Kuliah 3 Maktab Penjara Malaysia. Kursus ini disertai oleh seramai 66 orang Pegawai Pusat Pemulihan Pemasyarakatan dan Penolong Pegawai PAROL Daerah yang menyertai kursus tersebut.
Kursus ini dilaksanakan sebagai langkah awal kolaborasi dan kerjasama pintar antara Kor Agama Angkatan tentera (KAGAT) dengan Jabatan Penjara Malaysia (JPM). Objektf kursus ini ialah untuk memberi pendedahan dan latihan bersepadu kepada peserta mengenai modul KAGAT dalam melahirkan tenaga mahir dan pakar sebagai jurulatih mengendalikan modul tersebut, seterusnya mewujudkan rangkaian “Rakan Strategik Dakwah” serta “Rakan Kolaborasi Pintar” KAGAT dengan JPM ini. Klik untuk galeri gambar.