Program EDU-TRIP 2020 ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan Maktab Penjara Malaysia (MPM) dengan kerjasama Unit Agama MPM, sebagai salah satu pembuka aktiviti Perpustakaan MPM bagi tahun 2020. Program ini bertujuan  memberi pendedahan bagaimana proses untuk menghasilkan cetakan senaskah al-Quran dari awal hingga akhir. Kompleks Nasyrul Quran merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia, berfungsi bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan, bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran. Para pengunjung boleh melawat dan mendapatkan pelbagai produk Al-Quran, surah Yasin dan buku-buku doa.

 

RASIONAL

Lawatan yang dianjurkan oleh Perpustakaan dengan kerjasama Unit Agama MPM ini telah disertai seramai 25 peserta daripada warga MPM. Rasionalnya program ini ialah untuk memberi gambaran setapak lagi kemajuan negara dalam industri percetakan Mushaf Al-Quran khasnya kepada generasi baru.

Terdapat 10 langkah penting untuk proses pembuatan Al-Quran di kompleks ini seperti pembangunan struktur dan motif, pengimbasan struktur dan motif menggunakan perisian AutoCAD, strategi pewarnaan dan lembaran diterap daun emas tulen. Lembaran ini pula diwarnakan satu persatu oleh sekumpulan pewarna, manakala ayat Al-Quran disalin oleh para penulis khat.

Ayat-ayat Al-Quran kemudiannya disemak dan ditasbih, dihantar ke Bahagian Kawalan Penerbitan Al-Quran Kementerian Dalam Negeri untuk pengesahan, pruf akhir (komputer) dan percetakan (ozalid) sebelum proses percetakan di Kompleks Nasyrul Quran sendiri.

Program yang bermanfaat seperti ini seharusnya melibatkan  semua warga MPM supaya dapat menerapkan amalan murni dalam diri dan memberi pengetahuan bahawa penghasilan Al-Quran bukanlah sesuatu yang mudah dan sentiasa memelihara kesuciannya.

 

OBJEKTIF

i) Melihat Sendiri Proses Cetak Quran Mushaf Malaysia di Nasyrul Quran

Nasyrul Quran adalah merupakan sebuah kompleks yang lengkap dengan ruang pameran, dewan penerangan dan juga kilang percetakan Al-Quran. Kompleks Nasyrul Quran ini adalah merupakan kilang percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia.

ii) Ketahui Proses Quran Dicetak Di Nasyrul Quran

Memberi pendedahan bagaimana proses untuk menghasilkan cetakan senaskah al-Quran dari awal hingga akhir dimana peserta lawatan berpeluang melihat secara lebih dekat menerusi ruang yang disediakan di dalam kompleks ini. Sekiranya lawatan dibuat mengikuti rombongan khas yang diaturkan oleh pihak Nasyrul Quran, peserta lawatan mungkin boleh melihat lebih dekat dan masuk ke dalam kilang percetakan itu sendiri.

iii) Dapat melalui pengalaman dan melihat sendiri siri terbaik Al Quran Mushaf Malaysia. Ia dihasilkan dengan seni budaya Islam di Malaysia mengikut negeri. Difahamkan ada ruang pameran khas untuk melihat mushaf Al Quran Malaysia ini.

iv) Mengeratkan tali silaturrahim dan bersatu padu dalam apa jua program yang dilakukan di MPM, di samping memberikan kesedaran tentang pentingnya          pembangunan serta penghayatan Islam kepada generasi muda.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com