Pada 24 Feb 2020 telah diadakan lawatan pemeriksaan audit oleh Pejabat Kesihatan Hulu Langat terhadap ruang tempat memasak Dewan Seri Kantan Maktab Penjara (MPM). Pemeriksaan menjurus kepada pemeriksaan kebersihan tempat penyediaan makanan peserta kursus, kaedah penyimpanan barang-barang mentah, kebersihan penyediaan makanan, pekerja dan juga kaedah pengendalian barang bermasak. Pemeriksaan persekitaran kawasan dewan makan juga dilaksanakan. Hasil pemeriksaan audit berkenaan, MPM mendapat Gred Kebersihan Permis Makanan Kategori 'A'. Tahniah kepada semua yang berusaha.

 

 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com