13 April 2020 - PRIHATIN dengan kakitangan yang memerlukan sumbangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Maktab Penjara Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menyalurkan bantuan berbentuk barang keperluan harian kepada yang memerlukan di Maktab Penjara Malaysia. Pengarah Maktab Penjara Malaysia YBhg Komisioner Dato’ Narander Singh mewakili Kelab Kebajikan dan Sukan Maktab Penjara Malaysia menyempurnakan sumbangan itu kepada kakitangan yang terpilih. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban serta memberi semangat kepada mereka.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com