20 April 2020 – Maktab Penjara Malaysia mengambil langkah pencegahan jangkitan virus COVID-19 dengan melakukan semburan nyah kuman di sekitar Kawasan Maktab Penjara Malaysia semalam. Operasi ini bermula pada jam 8.00 pagi dan diketuai oleh Pengarah Maktab Penjara Malaysia YBhg KP Dato' Narander  Singh dengan kerjasama seramai 60 orang Anggota Bomba Unit HAZMAT Cawangan Shah Alam, Cawangan Bangi dan Cawangan Kajang serta warga Maktab Penjara Malaysia. Operasi ini telah menyembur bahan nyahkuman di bangunan-bangunan yang berisiko demi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan. Operasi ini juga bertujuan persediaan penerimaan pesalah-pesalah yang melanggar arahan Perintah kawalan Pergerakan. 

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com