17 Julai 2020. Maktab Penjara Malaysia telah di audit oleh Pasukan Audit MS ISO Jabatan Penjara Malaysia. Audit kali ini diketuai oleh PP. Zakaria bin Jusoh dari Penjara Seremban, Negeri Sembilan, di bantu oleh KIP Mazlan bin Tarmizi dari Penjara Kajang Selangor. Pengauditan telah berlangsung selama dua hari iaitu dari 16 hingga 17 Julai 2020. Mesyuarat pembukaan di pengerusikan oleh PKP. Nazarman Haidzair manakala mesyuarat penutupan di pengerusikan oleh Pengarah Maktab Penjara Malaysia, YBhg. Dato' Narander Singh. Skop pengauditan memfokaskan pelaksanaan kursus-kursus jangka pendek dan panjang seperti kehendak di dalam PK Utama 01 hingga 10. Pengauditan juga di buat berkaitan pelaksanaan pentadbiraan di bawah PK Urus. Pasukan Audit telah memberi beberapa teguran juga peluang penambah baikan bagi melicinkan lagi proses pengendalian latihan di masa akan datang. Audit dalam ini juga merupakan satu keperluan bagi audit persijilan semula oleh SIRIM BHD yang dijangka pada September 2020.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com