14 Julai 2020. Maktab Penjara Malaysia merupakan salah satu Institusi Penjara (pusat latihan) yang diarahkan untuk menahan pesalah dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP,PKPB, PKPP) yang telah berkuatkuasa sejak Mac 2020. Pewartaan Penjara Sementara di Maktab Penjara Malaysia ekoran penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebagai langkah pencegahannya di dalam tembok penjara, maka penjara sementara dibuka bagi tujuan itu. Setelah beberapa siri mesyuarat dan perbincangan bersama Bahagian Keselamatan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, maka pada hari ini Penjara Sementara Maktab Penjara Malaysia di tutup buat sementara waktu sehingga sebarang arahan dikeluarkan yang juga bergantung kepada perkembangan wabak covid-19 di Malaysia.

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com