15 Mac 2022 – Bertempat di Dewan Sri Siantan, Maktab Penjara Malaysia  telah berlangsungnya satu Majlis Perpisahan Pengarah Maktab Penjara Malaysia YBhg KP Dato’ Narander Singh yang akan bertukar ke Bahagian Pembangunan Profeisonalisme, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Tujuan majlis diadakan adalah memperingati dan mengenang jasa-jasa yang telah disumbangkan oleh beliau dan komitmen yang telah diberikan kepada Maktab Penjara Malaysia. Majlis yang meraikan perpisahan ini turut dihadiri hampir 35 warga MPM. YBhg KP Dato’ Narander Singh telah memberi sedikit ucapan dan amanat kepada warga Maktab Penjara Malaysia. Beliau juga menerima cenderahati daripada warga MPM sebagai menghargai jasa beliau.

 

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com