16 Mac 2022 - Majlis Serah dan Terima Tugas Pengarah Maktab Penjara Malaysia diantara YBhg KP Dato' Narander Singh dengan YBrs TKP Osman Bin Lehan telah diadakan di Bilik Seminar Maktab Penjara Malaysia. Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs KP Supri Bin Hashim Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia sebagai saksi bagi upacara serah terima tugas ini.

Majlis yang penuh bersejarah ini telah dimulakan dengan Majlis Menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas dan Penyerahan Tongkat Kuasa kepada YBhg. TKP Osman Bin Lehan.  Di dalam majlis ini, KP Dato' Narander Singh telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi semasa beliau bertugas di Maktab Penjara Malaysia. Majlis Penyerahan dan Penerimaan Tugas diakhiri dengan ucapan daripada YBrs TKP Osman Bin Lehan,  selaku Pengarah Baru Maktab Penjara Malaysia. Dalam ucapan beliau ada menyatakan, akan cuba mentadbir dan berusaha untuk memperkasakan lagi Maktab Penjara Malaysia sebagai pusat latihan bagi menjana modal insan khususnya kepada bakal-bakal pemimpin jabatan pada masa akan datang.

 

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com