16 Mac 2022 - Majlis Perasmian Penutupan Ujian Kemahiran Menembak JPJ Negeri Selangor Sempena Hari JPJ Ke - 76. Pengarah Maktab Penjara Malaysia TKP Osman Bin Lehan telah dijemput pada Majlis tersebut. YBhg. Dato’ Zailani Hj. Hashim, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia telah hadir merasmikan Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Negeri Selangor, di Maktab Penjara Malaysia, Kajang. Program yang diadakan bersempena Sambutan Hari JPJ Ke-76 Peringkat Negeri Selangor itu telah berlangsung selama dua (2) dan telah disertai oleh 110 Pegawai Pengangkutan Jalan Negeri Selangor Gred KP 22 ke atas.

 

  

Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com