14 April 2022 - Satu Program Ceramah telah diadakan di Dewan Autidorium IPPM pada 14 April 2022 bersamaan hari Khamis bermula pukul 10.30 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh penceramah Ustazah Asma' Binti Harun, pendakwah yang tidak asing lagi. Tajuk yang disampaikan adalah Ramadan Penghapus Dosa. Seramai 55 Ahli Persiap telah mengikuti ceramah ini. Program ceramah ini telah dianjurkan oleh PERSIAP Cawangan IPPM/MPM dan Bahagian Agama dan Kauseling IPPM. Dalam ceramah yang disampaikan terdapat banyak motivasi dan tip-tip untuk pelengkap diri ahli-ahli PERSIAP.Setelah selesai program ceramah agama, sesi pemberian cenderahati diberikan kepada Ustazah Asma' Binti Harun sebagai tanda penghargaan daripada PERSIAP Cawangan IPPM/MPM. Terima kasih atas kehadiran ahli PERSIAP.

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 






Joomla 3.0 Templates - by Joomlage.com